Assalamualikum wbt.
Hm. Memang lama sangat2 suda ndak update blog ni. Hm. Apa yg menggerakkan hati aq utk update? Mau tau?
Ini.
Allah, sampai satu tahap aq mcm tertekan pun ada sebab terlaluuuu geram tapi xtaw mcmna or mau buat apa.. Tolong lah ya Allah.. Sedihnya la mcm ni.. :(
Apa yang aq dah buat untuk tolong? Apa yang aku bole buat?
Semalam kami ada aktiviti BBQ JPA/MARA, main paintball semalam. Pastu tangan lebam, tangan sebelah lagi sakit sebab angkat senjata berat tu. Tapi betapa lambatnya lah hati aq ambil pengajaran hal ni.. Hari ni baru betul2 teringat, terfikir, kesakitan ni ya Allah memang jauh sangat ngan apa yg dorg rasa..
Dan aq? Merengek sakit. Allah.. Sedih. Semoga Allahu Fatah, Allahu Alim membuka mata hati kita, minda kita. Masalah yang berlaku di Syria, Palestin bukan masalah politik negara lain. Dan kita bukan sibuk jaga pasal negara lain! Kita prihatin tentang ummah!
Kenapa kita perlu benci pemerintahan negara haram israel? Kenapa kita perlu usaha untuk boikot? Kenapa kita perlu ambil tau pasal rakyat Syria?
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”. (Al-Hujurat : 10)
Jadi masih tidak sedarkah kita tentang maksud persaudaraan ni? Bayangkan yang ditendang itu adik lelaki kita, yang dibunuh tu adik perempuan kita, yang diseksa dengan kejam itu ibu kita, yang ditanam hidup2 itu ayah kita? :((
Terlalu beratkah untuk sepotong doa setiap solat? Terlalu berat kah untuk memberitahu dunia akan kezaliman ni? Susah sangat kah untuk kita memboikot? :( Sanggup kita lihat ibu, ayah abang adik saudara2 kita diseksa, sambil kita bahagia tidak langsung memikirkan kesengsaraan mereka? :(
Allah menyebut juga dlm quran:
‘Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi ‘awliya’ (setia atau penolong) bagi sebahagian yang lain.’
(At-Taubah: 71)
Jadi kawan2, kita buatlah apa yang mampu, doa sebanyak mungkin untuk kita dan mereka. Gunakan kemudahan internet ini untuk berjihad dan menyampaikan situasi ummah, untuk menyedarkan umat islam kita yang masih leka, untuk menyampaikan cara islam yang sebenar. Semoga Allah membantu perjuangan jihad kita ini. Semuanya hanya kerana Allah.
Satu lagi, sangat baik untuk kita amalkan doa dunut nazilah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sendiri ketika umat islam ditimpa kesusahan dan musibah.
No comments:
Post a Comment